COVID-19: Hak sama rata wanita tergugat - PBB

Agensi
Ogos 31, 2020 07:35 MYT
GUTERRES: Pandemik COVID-19 telah mengubah dunia kita dan tindak balas tersebut mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang tidak seimbang antara gender, khususnya wanita. - Gambar fail
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan pandemik COVID-19 menjejaskan ketidaksamarataan antara kaum lelaki dan wanita.
Jelas agensi dunia itu, virus berkenaan juga telah menganggu gugat usaha memulihkan hak sama rata gender dan wanita yang diusahakan sejak berdekad lalu.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata amaran diberikan kepada wanita muda dari organisasi masyarakat bahawa tanpa tindak balas bersama terdapat risiko kehilangan generasi atau lebih banyak keuntungan.
"Pandemik COVID-19 telah mengubah dunia kita dan tindak balas tersebut mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang tidak seimbang di antara gender, khususnya wanita.
"Kita juga sudah jangkakan perkara ini memandangkan keupayaan untuk melakukan hak sama rata ini agak sukar dan terhad," katanya yang dipetik laporan agensi berita.
Guterres berkata sejak bermulanya wabak itu, wanita berada di barisan hadapan sebagai pekerja kesihatan, guru dan pekerja penting dalam pelbagai kerjaya, keluarga serta komuniti.
Menurutnya, 70 hingga 90 pekerja kesihatan adalah wanita, namun hanya 30 peratus yang terlibat dalam membuat keputusan.
Beliau menambah, wabak itu turut mempengaruhi kesihatan fizikal, mental, pendidikan dan penyertaan tenaga kerja.
Katanya, ketika ini terdapat lebih jutaan gadis seluruh dunia tidak bersekolah dan selain laporan membimbangkan mengenai peningkatan kehamilan remaja di beberapa negara.
Perkara itu, tambahnya, dibuktikan selepas wabak Ebola melanda Afrika Barat yang memaksa gadis remaja meninggalkan persekolahan.
Guterres turut menunjukkan laporan di seluruh dunia mengenai lonjakan tahap keganasan berdasarkan jantina dengan wanita sukar mendapatkan sokongan disebabkan perkhidmatan itu dialihkan.
"Kemajuan yang dicapai telah hilang dan mungkin akan memakan masa bertahun untuk memulihkannya semula," ujarnya.
#Antonio Guterres #COVID-19 #Ebola #hak sama rata jantina #keganasan #koronavirus #pandemik #PBB #Setiausaha Agung PBB
;