COVID-19: Greece terima penerbangan antarabangsa pertama

Agensi
Julai 16, 2020 22:57 MYT
Sejak 15 Jun lalu, kerajaan Greece membuka semula lapangan terbang Athens dan Thessaloniki kepada penerbangan antarabangsa.
Penerbangan pertama dari London ke Athens selamat mendarat pada pagi Khamis selepas Greece membuka lapangan terbangnya kepada penerbangan terus dari United Kingdom.
Penerbangan easyJet dari Lapangan Terbang Gatwick hampir penuh dengan penumpang tempatan yang ingin melancong ke Greece dan warga Greece yang ingin pulang ke kampung halaman mereka.
Sejak 15 Jun lalu, kerajaan Greece membuka semula lapangan terbang Athens dan Thessaloniki kepada penerbangan antarabangsa.
Bagaimanapun United Kingdon dan Sweden dikecualikan kerana mempunyai kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Greece hanya membenarkan penerbangan terus dari UK pada 15 Julai.
“Mereka lakukan pemeriksaan secara rawak. Ya, memang saya akan berhati-hati terutamanya untuk minggu pertama ini kerana saya tidak mahu ibu bapa saya dijangkiti,” ujar Alexandros Maziotis warga Greece yang menetap di UK.
Bagi pelancong pula, banyak yang telah dirancangkan selepas penerbanagn terdahulu terpaksa dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.
"Kami akan ke kapal pesiar yang berada di Peloponnese dan sebenarnya kami merancang untuk datang ke sini dua minggu lalu tetapi penerbangan kami dibatalkan, jadi kami menjadualkan semula dan kebetulan hari ini, dan untungnya, hari ini adalah hari di mana kami dibenarkan masuk,” kata Catriona Newington, pelancong dari Britain
Pada hari sama, puluhan penerbangan langsung dari seluruh UK mendarat di pulau-pulau di Greece seperti Corfu, Zakynthos, dan Crete.
Pelancong Britain merupakan pasaran utama untuk sektor pelancongan Greece.
#Athens #COVID-19 #Greece #London #penerbangan #Sweden #Thessaloniki #United Kingdom
;