COVID-19: Greece laksana sekatan perjalanan lebih ketat buat penumpang dari UK
Khairunnisa Kasnoon
Disember 24, 2020 22:36 MYT
Disember 24, 2020 22:36 MYT
GREECE mengumumkan sekatan perjalanan yang lebih ketat dari United Kingdom termasuk melanjutkan tempoh kuarantin dari tujuh hari ke 10 hari.
Menurut pihak berkuasa, peraturan baharu itu susulan penemuan strain baharu koronavirus UK.
Sekatan perjalanan baru itu juga memerlukan penumpang dari UK untuk terus menjalani ujian saringan COVID-19 sebaik tiba di Greece.
Mereka kemudian akan diwajibkan mejalanai ujian saringan kedua selepas 10 hari kuarantin.
Bermula Disember hingga Januari setiap tahun, sebilangan besar penduduk Greece akan pulang ke negara asal mereka untuk bercuti selain mengunjungi keluarga di seluruh dunia.
Menurut pihak berkuasa, peraturan baru itu akan berkuat kuasa sehingga 7 Januari 2021.