COVID-19: Greater Sydney perlukan sekatan lebih seragam - Pakar kesihatan

Agensi
Julai 30, 2021 00:12 MYT
Pada Jumaat, New South Wales merekodkan 170 kes tempatan, menurun sedikit berbanding hari sebelumnya iaitu 239 kes. - REUTERS
SYDNEY: Badan Utama Kedoktoran di Australia menggesa kerajaan untuk melaksanakan had sekatan secara seragam di setiap kawasan di Greater Sydney susulan keadaan jangkitan COVID-19 yang semakin meruncing.
Ia selepas varian Delta semakin banyak menular sejak Jun lalu sehingga memaksa Australia mengenakan 'lockdown' di negeri berkepadatan tinggi itu.
Sekatan lebih ketat turut dikenakan di beberapa wilayah lain yang juga mencatatkan jumlah yang tinggi ketika ini.
Bercakap pada sidang akhbar di Perth, Presiden Persatuan Perubatan Australia, Omar Khorshid meminta penutupan atau sekatan yang lebih jelas serta sama rata di seluruh Sydney.
Pada Jumaat, New South Wales merekodkan 170 kes tempatan, menurun sedikit berbanding hari sebelumnya iaitu 239 kes.
Dalam perkembangan minggu ini juga, kerajaan melanjutkan tempoh sekatan selama empat minggu lagi, selain mengerahkan bantuan anggota tentera untuk mengawal keadaan di wilayah berkenaan.
#Australia #COVID-19 #jangkitan #Perth #sekatan lebih ketat #Sydney #Omar Khorshid
;