COVID-19: Generasi Millennial antara yang paling ramai dijangkiti - CDC
Astro Awani
Mac 19, 2020 08:04 MYT
Mac 19, 2020 08:04 MYT
GOLONGAN muda mungkin tidak imun jangkitan COVID-19 seperti yang disangka.
Menurut data yang diterbitkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), generasi Millennial yang merujuk kepada golongan berusia 22 hingga 37 tahun yang lahir pada tahun 1982 hingga 2004, turut menjadi antara mangsa terbanyak dijangkiti.
Laporan tersebut menyebut bahawa sejumlah 4,226 jangkitan koronavirus yang direkod di negara itu sejak 12 Februari menunjukkan satu perlima daripada 705 mangsa berusia 20 hingga 44 tahun dimasukkan ke wad, dengan 2 hingga 4 peratus memerlukan jagaan rapi.
Kajian itu juga mengesahkan generasi emas berusia lebih 65 yang mempunyai masalah kesihatan masih dikategorikan sebagai kumpulan paling terjejas dengan 31 peratus jangkitan direkodkan.
Pakar epidemiologi walau bagaimanapun menegaskan ancaman jangkitan korovirus ini melangkaui semua peringkat umur dan tidak hanya kalangan berusia 65 tahun ke atas.
#CDC
#COVID-19
#epidemiologi
#generasi emas
#generasi Millennial
#golongan muda
#koronavirus
#Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit