COVID-19: Gabenor Tokyo beri jaminan Sukan Olimpik yang selamat

Agensi
November 24, 2020 22:26 MYT
Koike pada masa turut menegaskan jaminan keselamatan ketika mengedalikan temasya Sukan Olimpik tahun hadapan walaupun kebimbangan semakin meningkat di Jepun. - Foto: AP
TOKYO: Gabenor Tokyo, Yuriko Koike menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di bandar itu sejak kebelakangan ini.
Ia selepas Jepun menyaksikan peningkatan sehingga 2,000 kes setiap hari walaupun ketika kerajaan cuba mengimbangi langkah pencegahan penularan dengan aktiviti ekonomi yang berjalan seperti biasa tanpa menjejaskan sektor tersebut.
Koike pada masa turut menegaskan jaminan keselamatan ketika mengedalikan temasya Sukan Olimpik tahun hadapan walaupun kebimbangan semakin meningkat di Jepun.
"Bagi menguruskan isu COVID-19 bagi temasya sukan ini, kami perlu bekerjasama bersama kerajaan tempatan, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan beberapa organisasi lain bagi memastikan langkah komprehensif dilakukan di pintu masuk dan di setiap venue," jelasnya.
Kenyataan tersebut menyusul selepas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach melawat Tokyo bagi berbincang bersama Jawatankuasa Olimpik Jepun termasuk Koike bagi menegaskan usaha mereka dalam mengadakan temasya sukan yang selamat.
#Tokyo #Olimpik #COVID-19 #kes positif #Jepun #presiden #Yuriko Koike #Thomas Bach
;