COVID-19: Gabenor Indiana umum perintah sekatan baharu

Astro Awani
November 11, 2020 23:17 MYT
Holcomb memaklumkan arahan wajib memakai pelitup muka akan dilanjutkan sebulan lagi. - Foto Youtube @Governor Eric Holcomb
GABENOR Indiana Eric Holcomb mengumumkan untuk mengembalikan semula sekatan selepas beberapa minggu.
Ia susulan jumlah kes positif dan angka kematian akibat COVID-19 yang menunjukkan peningkatan mendadak.
Langkah-langkah baharu yang diumumkan Holcomb antaranya menghadkan jumlah orang ramai di perhimpunan awam lebih-lebih lagi di kawasan yang berisiko tinggi.
Ia mengehadkan jumlah orang ramai kepada 25 di zon merah berisiko tinggi dan 50 di zon jingga.
Perintah itu merangkumi 87 dari 92 daerah di Indiana mengikut kemas kini dari jabatan kesihatan negeri.
Holcomb turut memaklumkan arahan wajib memakai pelitup muka akan dilanjutkan sebulan lagi.
Beliau sebelum ini membuat keputusan menarik balik arahan sekatan sekitar akhir September.
Sejak itu, Hospital Indiana telah menyaksikan peningkatan 200 peratus pesakit COVID-19 dan jumlah kematian meningkat kepada 38 orang dalam masa 10 hari.
#COVID-19 #pelitup muka #perhimpunan #Indiana #zon merah #gabenor Indiana #Eric Holcomb #sekatan #kawasan berisiko tinggi #zon jingga