COVID-19: Gabenor California tekad mahu sekolah dibuka seperti biasa

Astro Awani
Ogos 6, 2021 07:25 MYT
Gavin Newsom (tengah) ketika melawat sebuah fasiliti untuk warga gelandangan di Mountain View, California, 25 Jun, 2021. - Gambar fail / AP
GABENOR Gavin Newsom nekad dengan komitmen mengembalikan pembelajaran secara bersemuka di California menjelang pembukaan sekolah nanti.
Beliau yang mengunjungi sebuah sekolah di San Bernardino pada Jumaat bertegas enggan para pelajar meneruskan pengajian secara dalam talian.
"Kita mahu mereka kembali dengan pengajaran secara bersemuka. Kita tidak mahu anak-anak kita kembali ke sekolah Zoom.
"Kami tidak mahu anak-anak kita kembali dalam talian, dengan wujud perbezaan antara setiap bilik darjah, berhubung kelajuan muat turun masing-masing.
"Dan hakikat bahawa seorang kanak-kanak di kelas Tahun Satu bercakap mengenai kelajuan muat turun menunjukkan impak wabak ini dan ia tidak wajar," kata Newsom.
California, Louisiana, New Jersey, Oregon dan Washington mahu kewajipan memakai pelitup muka untuk semua pelajar dan guru tanpa mengira status vaksinasi.
Manakala Arkansas, Arizona, Florida, Iowa, Oklahoma, South Carolina, Texas dan Utah melarang keperluan pelitup muka di semua sekolah awam.
#dalam talian #COVID-19 #California #sekolah #pelitup muka #pelajar #Washington #guru #Kanak-kanak #Gavin Newsom #Gabenor
;