COVID-19: Firma AS dakwa ujian klinikal pertama vaksin berjaya
Astro Awani
Mei 18, 2020 06:30 MYT
Mei 18, 2020 06:30 MYT
Firma biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna mendakwa kajian peringkat pertama ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dibangunkannya berjaya mencapai keputusan positif.
Sukarelawan yang disuntik dengan vaksin tersebut dilaporkan mampu menghasilkan reaksi imun terhadap COVID-19.
Vaksin berkenaan dikenali sebagai MRNA-1273.
Bagaimanapun, hasil ujian lengkap bagi fasa pertama masih belum diketahui.
Maderna menegaskan, vaksin tersebut disahkan selamat dan bertindak balas dengan baik ke atas ujian klinikal pesakit.
Ujian klinikal dijalankan institusi kesihatan nasional.
Kerajaan AS dilaporkan melabur setengah bilion dolar untuk pembangunan vaksin ini.
Sehingga kini dilaporkan 15 pesakit menerima tiga dos berbeza vaksin tersebut.
#AS
#COVID-19
#kajian peringkat pertama
#keputusan positif
#Moderna
#MRNA-1273
#ujian klinikal vaksin
#vaksin