COVID-19: Filipina rekod 3,083 kes baharu, 38 lagi kematian

Bernama
Mei 23, 2021 04:00 MYT
Filipina melaporkan sebanyak 3,083 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,179,812. -Gambar fail/REUTERS
MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) melaporkan sebanyak 3,083 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,179,812.
Menurut DOH, seramai 38 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan keseluruhan korban bertambah kepada 19,951, lapor Xinhua.
"Jumlah kes baharu agak rendah sebenarnya disebabkan proses kemas kini berjalan serentak dengan kemas kini pada COVIDKaya," kata DOH merujuk kepada platform digital pengurusan maklumat COVID-19 di Filipina.
DOH berkata, sesetengah data kes daripada Sistem Pengumpulan Dokumentasi tidak dimuat naik ke platform COVIDKaya dan tidak dimasukkan juga dalam Buletin Ahad.
Filipina giat meningkatkan kempen bagi memvaksin 70 juta rakyat negara itu. Sehingga kini negara itu sudah menguruskan 4 juta dos vaksin COVID-19 untuk lebih 3 juta penduduk.
Filipina yang didiami 110 juta penduduk, sudah melakukan saringan ke atas 12 juta orang.
-- BERNAMA
#Filipina #kes baharu #Jabatan Kesihatan Filipina #COVID-19 #Manila #doh
;