COVID-19: Filipina dikategorikan berisiko rendah

Astro Awani
Februari 16, 2022 08:00 MYT
Pelancong asing dilihat bersantai di tepi pantai White Beach yang terletak di Pulau Boracay. - Foto REUTERS
MANILA: Filipina kini disifatkan sebagai negara berisiko rendah daripada pandemik COVID-19 susulan lebih ramai rakyatnya sudah melengkapkan vaksinasi dan kemasukan ke hospital juga menurun.
Perakara itu diumumkan jurucakap kepada Presiden Rodrigo Duterte pada Selasa.
Minggu lalu, negara itu membuka pintu sempadan kepada pelancong asing buat pertama kali dalam tempoh dua tahun.
Bagaimanapun beberapa garis panduan kesihatan masih dikuatkuasakan apatah lagi menjelang tempoh berkempen pilihan raya yang akan bermula 9 Mei depan.
Karlo Nograles memberitahu, dari segi peningkatan kes dan kapasiti sistem kesihatan, Filipina kini dikategorikan sebagai berisiko rendah.
Ketika ini kadar penggunaan katil di hospital hanyalah 30 peratus.
Kes harian pula direkodkan pada kadar purata 3,600 kes sejak beberapa minggu lepas dengan peningkatan sehingga 56 peratus populasi yang sudah melengkapkan vaksinasi.
Dilaporkan, kerajaan akan menarik semula sekatan namun tiada perincian lanjut bila ia akan dilaksanakan.
#COVID-19 #risiko rendah #Sempadan Negara #pelancong
;