COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi

Astro Awani
Februari 8, 2021 05:22 MYT
Fauci menegaskan kegagalan menyuntik dos mengikut saranan hanya akan meningkatkan risiko terdedah kepada varian baharu virus yang lebih berbahaya. - AP NEWSROOM
WASHINGTON DC: Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi amaran supaya regimen dua suntikan dos bagi vaksin COVID-19 yang diluluskan dipatuhi.
Fauci menegaskan, kegagalan menyuntik dos mengikut saranan hanya akan meningkatkan risiko terdedah kepada varian baharu virus yang lebih berbahaya.
"Isu teori lain yang mungkin bermasalah hanya dengan satu dos, bahawa jika anda mendapat respon suboptimum, cara virus bertindak balas terhadap tekanan, anda sebenarnya secara tidak sengaja memilih lebih banyak mutasi dengan tindak balas suboptimum.
“Oleh sebab itu, kita terus dengan fakta bahawa kita merasakan pendekatan paling optimum adalah dengan terus mendapatkan sebanyak mungkin orang pada dos pertama mereka, tetapi juga memastikan bahawa orang ramai mendapatkan dos kedua mereka pada waktu yang tepat,” katanya.
Pakar penyakit berjangkit itu melahirkan kebimbangan bahawa tindak balas imun terhadap virus mungkin lebih lemah tanpa suntikan tambahan.
Tambah fauci, kadar mutasi virus adalah lebih tinggi jika tindak balas kurang imun kurang optimum.
"Walaupun kemasukan ke hospital dan kes menurun secara konsisten, saya meminta semua orang untuk terus berjaga-jaga.
“Penyebaran varian yang berterusan tetap menjadi kebimbangan besar dan merupakan ancaman yang dapat membalikkan trend baru-baru ini, trend positif yang kita sedang lihat," katanya.
Fauci mengakui mengubah tempoh pemberian dos boleh disyorkan selepas kajian saintifik yang terperinci.
Namun katanya, kajian itu akan memakan masa berbulan-bulan untuk pengumpulan data.
#COVID-19 #Anthony Fauci #vaksin #penyakit berjangkit #varian baharu #dua dos vaksin #tindak balas suboptimum #Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit
;