COVID-19: EU wajar pertimbang wajibkan suntikan vaksin

Astro Awani
Disember 1, 2021 07:40 MYT
Kata der Leyen, vaksin bakal jadi perkara mendesak dalam usaha memerangi virus yang dilaporkan mudah berjangkit itu. - Foto AP
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) wajar pertimbang untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada penduduknya.
Kata Pesuruhjaya Ursula Von der Leyen, ini susulan penemuan varian baharu COVID-19, Omicron.
Kata beliau, vaksin bakal jadi perkara mendesak dalam usaha memerangi virus yang dilaporkan mudah berjangkit itu.
"Saya berpendapat adalah sesuai untuk berbincang mengenai perkara ini ketika ini. Bagaimana kita boleh menggalakkan pemberian vaksin dan pertimbang untuk mewajibkan vaksin dalam Kesatuan Eropah.
"Namun perkara ini masih memerlukan perbincangan, ia memerlukan pendekatan sama, ia sesuatu yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut," katanya.
Negara-negara anggota EU boleh melaksanakan mandat vaksin secara bersendirian.
Austria, antara negara yang mewajibkan suntikan vaksin sejak Februari lalu.
Sementara Greece mengenakan denda 85 Euro sebulan kepada individu yang enggan divaksin.
Sehingga kini puluhan negara sudah mengesahkan kewujudan kes berkaitan varian Omicron.
EU pula mengambil langkah mengetatkan larangan perjalanan sejak varian itu dikesan.
Varian Omicron dilaporkan ketika negara Eropah berdepan kenaikan kes COVID-19.
#Kesatuan Eropah #vaksin #COVID-19 #Omicron
;