COVID-19: EU putuskan penggunaan pil Merck beberapa minggu lagi

Astro Awani
November 24, 2021 00:54 MYT
Gambar menunjukkan pil antivirus baru keluaran Merck & Co yang sedang menanti kebenaran EMA untuk merawat COVID-19. - Foto AP/Merck
AGENSI Ubat-ubatan Eropah (EMA) memulakan proses penelitian pil antivirus COVID-19 untuk golongan dewasa daripada pengeluar ubat Amerika Syarikat Merck.
Keputusan berkaitan penggunaan pil antivirus Merck itu dijangka dikeluarkan EMA dalam masa beberapa minggu lagi.
EMA berkata pada Selasa, pihaknya telah pun menilai sebahagian besar data semasa semakan semula yang bermula Oktober lalu.
Pil Merck, Lagevrio, didakwa mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital dalam kalangan kumpulan rentan kepada sebanyak 50 peratus.
Ia dibangunkan dengan Ridgeback Biotherapeutics dan mendapat kelulusan daripada Britain awal bulan ini.
Walaupun vaksin adalah penting untuk memerangi wabak itu, EMA sedang mengkaji kaedah rawatan dan minggu lepas memulakan semakan terhadap pil antivirus Pfizer.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pula akan bertemu pada 30 Nov untuk menyemak data keselamatan dan keberkesanan ubat Merck dan mengundi sama ada ia perlu dibenarkan.
#Lagevrio #Agensi Ubat-Ubatan Eropah #merck #pil antivirus