COVID-19: Dunia berisiko hilang kemenangan akibat varian Delta - WHO
Astro Awani
Ogos 1, 2021 08:41 MYT
Ogos 1, 2021 08:41 MYT
GENEVA: Dunia berisiko berdepan kegagalan dalam memerangi COVID-19 akibat varian Delta yang mudah menular.
Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin vaksin yang telah diluluskan tetap berkesan menangani varian tersebut.
Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jangkitan COVID-19 telah meningkat sebanyak 80 peratus selama empat minggu terakhir di kebanyakan wilayah di dunia.
Kes kematian di Afrika meningkat sebanyak 80 peratus dalam tempoh yang sama, kerana hanya 1.5 peratus penduduk diberi vaksin.
Menurut WHO, varian Delta dikesan di 132 negara dan ini menjadikannya varian global yang dominan.
Sementara itu, Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata, vaksin yang diluluskan WHO semuanya memberikan perlindungan signifikan terhadap penyakit kritikal dan kemasukan ke hospital daripada semua varian COVID-19 termasuk varian Delta.
Dalam pada itu, Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, varian Delta merupakan varian yang paling mudah tersebar setakat ini dengan 50 peratus lebih mudah ditularkan berbanding versi asal virus dikesan di China pada 2019.
Beberapa negara melaporkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 akibat varian Delta.
#COVID-19
#vaksin
#WHO
#Afrika
#dominan
#Varian Delta
#Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
#Dr Mike Ryan
#Maria Van Kerkhove