COVID-19: Dua warga Iran maut, kes pertama di Asia Barat

Astro Awani
Februari 19, 2020 05:28 MYT
Di China, virus tersebut telah mengakibatkan lebih 2,000 kematian setakat ini. - Gambar fail
DUA warga emas dilaporkan meninggal dunia di Iran selepas didapati positif COVID-19 pada Rabu, kes pertama seumpamanya di republik itu.
Kedua-duanya merupakan warga Iran yang tinggal di Qom, sebuah bandar di selatan Tehran.
Kes kematian akibat koronavirus baru ini ialah yang pertama di Asia Barat dan yang ketujuh dan kelapan di luar China.
Di China, virus tersebut telah mengakibatkan lebih 2,000 kematian setakat ini.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Agensi berita IRNA memetik jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour sebagai berkata, jangkitan COVID-19 telah dikesan pada dua warga emas itu yang mempunyai masalah imuniti.
Bagaimanapun, menurut ketua unit penyakit berjangkit kementerian itu, dua individu itu difahamkan tidak pernah keluar dari Iran.
"Kedua-dua mereka adalah dari Qom dan datang mendapatkan rawatan dua hari lepas apabila mereka jatuh sakit.. mereka tidak pernah ada sejarah keluar negara," kata Mohammad Mehdi Gouya.
#Asia Barat #China #coronavirus #COVID-19 #Iran #jangkitan #kematian #koronavirus #maut #meninggal dunia #warga emas
;