COVID-19: Dua tahun berlalu, pandemik masih belum berakhir

Astro Awani
Mac 10, 2022 09:50 MYT
Lebih 6 juta populasi seluruh dunia meninggal dunia akibat pandemik tersebut dengan 450 juta kes dilaporkan. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, pandemik masih jauh sebelum berakhir.
Kenyataan itu dibuat Dr Tedros Ghebreyesus selepas dua tahun beliau selepas mengisytiharkan terma COVID-19 kepada dunia buat pertama kalinya ia diumumkan pada 11 Mac 2020.
Dua tahun berlalu, beliau menegaskan bagaimana virus tersebut masih terus berkembang dan kes terus meningkat di beberapa negara.
Lebih 6 juta populasi seluruh dunia meninggal dunia akibat pandemik tersebut dengan 450 juta kes dilaporkan.
BACA: COVID-19: Pertambahan 1.84 juta kes baharu di seluruh dunia dalam sehari
Walaupun ketika ini jumlah kes dah jumlah kematian semakin menurun, dengan beberapa negara sudah mula melonggarkan sekatan, namun pandemik ini masih belum reda dan ia tidak akan berakhir sehingga ia berakhir di seluruh pelusuk dunia.
Pada masa sama, Dr tedros memaklumkan, 46 peratus kes baharu minggu lepas direkodkan di Pasifik Barat dengan 3.9 juta jangkitan dilaporkan.
Beliau turut memberi amaran penurunan jumlah saringan ketika ini membuatkan orang ramai leka dengan apa yang sedang berlaku.
#COVID-19 #virus #Dr Tedros Ghyebreyesus #WHO
;