COVID-19: Dua bandar terbesar Rusia bagaikan bandar mati

Astro Awani
April 16, 2020 23:13 MYT
Seorang penumpang menunjukkan pas elektronik yang digunakan semasa menaiki kereta api Moscow Metro di Moscow, Russia, 14 April, 2020. (Foto AP)
DUA bandar terbesar di Rusia - Moscow dan St Petersburg - kini seperti menjadi bandar mati selepas langkah kuarantin dilaksanakan bagi menghentikan penularan COVID-19.
Jalan raya yang dahulunya sesak dipenuhi kenderaan, kini berubah menjadi lengang seolah-olah bandar yang sudah lama ditinggalkan.
Pihak berkuasa Moscow pada Rabu melancarkan sistem pas elektronik bagi setiap penduduk yang ingin keluar masuk bandar dengan menggunakan kereta atau pengangkutan awam.
St Petersburg yang mencatatkan 1,083 kes COVID-19 berbanding 16,146 di Moscow turut diberi pilihan pengasingan diri secara sukarela.
Menurut kajian Universiti Johns Hopkins, Rusia sudah mencatatkan 24,490 kes positif baharu dengan 198 kematian setakat Khamis.
#bandar mati #COVID-19 #kes positif #koronavirus #kuarantin #lengang #Moscow #pas elektronik #pengasingan diri #Rusia #Saint Petersburg