COVID-19: Doktor di AS bunuh diri kerana tekanan, keletihan

Agensi
Mei 3, 2020 23:21 MYT
Lorna Breen adalah antara ribuan doktor dan petugas perubatan yang berhempas-pulas menghadap tekanan di seluruh New York setiap hari saat ini. - Reuters.
Seorang doktor di Amerika Syarikat (AS) yang baru pulih dari COVID-19 dilaporkan membunuh diri akibat tekanan kerja dan keletihan.
Dr. Lorna Breen, 49, merupakan salah seorang pegawai perubatan di wad kecemasan Columbia University Irving Medical Center, New York.
Breen dijangkiti COVID-19 awal April lalu dan mengambil masa lebih seminggu untuk pulih. Sekembalinya ke tempat kerja, dia tidak mampu bertahan untuk bekerja dalam tempoh yang lama.
Breen kerap bercerita tentang kesibukannya kepada ayahnya yang juga seorang doktor, Philip Breen, semenjak wabak berkenaan melanda.
"Dia dan rakan-rakannya menghabiskan 18 jam bekerja setiap hari, malah adakalanya terpaksa tidur di luar wad kerana tidak sempat pulang ke rumah.
"Apabila sihat dan kembali bekerja, dia tidak mampu untuk habiskan syif selama 12 jam. Tetapi dia teruskan juga kerana kasihankan rakan-rakannya," kata Philip kepada CNN.

"Make sure shes praised as a hero, because she was," Dr. Lorna Breen's father said https://t.co/mQ7rH0gXq8

— The New York Times (@nytimes) April 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Breen kemudiannya dimasukkan ke hospital kerana keletihan. Selepas dibenarkan keluar, dia memilih untuk tinggal dengan kakaknya di Charlottesville, di mana dia ditemui mati.
Polis dalam satu kenyataan mengesahkan, Breen maut akibat mencederakan diri sendiri.
New York merupakan pusat wabak COVID-19 di AS, mencatat lebih 300,000 kes dan lebih 18,000 kematian setakat ini.
#Amerika Syarikat #AS #bunuh diri #Doktor #maut #New York
;