COVID-19: Disneyland Hong Kong kembali ditutup
Agensi
Julai 15, 2020 08:47 MYT
Julai 15, 2020 08:47 MYT
Disneyland Hong Kong kembali ditutup selepas hanya kira-kira sebulan beroperasi semula.
Taman tema itu, yang dibuka semula pada 18 Jun lalu, ditutup selepas Hong Kong memperketatkan langkah penjarakan sosial berikutan peningkatan kes baharu COVID-19.
"Sebagai mematuhi arahan kerajaan bagi pencegahan COVID-19, taman Disneyland Hong Kong akan ditutup sementara bermula15 Julai," kata seorang jurucakap Disney.
Hotel-hotel di resort Disneyland Hong Kong bagaimanapun akan tetap dibuka dengan menyesuaikan tahap perkhidmatan seperti yang diperlukan, menurut jurucakap itu.
"Langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang lebih baik akan diterapkan sebagai mematuhi garis panduan daripada kerajaan, seperti penjarakan sosial dan peningkatan tahap kebersihan," tambahnya lagi.
Taman dan resort adalah penyumbang keuntungan utama bagi Disney. Ia menghasilkan lebih dari AS$ 26 bilion pada tahun fiskal 2019, tetapi mengalami kerugian pada suku pertama tahun ini kerana wabak tersebut.
Disney World memulakan pembukaan secara berperingkat bagi taman Magic Kingdom dan Animal Kingdom pada hujung minggu lalu.
Dua tamannya yang lain, EPCOT dan Hollywood Studios, akan dibuka semula pada 15 Julai.
#COVID-19
#Disney
#Disneyland Hong Kong
#Hong Kong
#kebersihan
#kerajaan
#kerugian
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#penjarakan sosial