COVID-19: Dikesan kontak rapat, PM New Zealand jalani kuarantin kendiri

Astro Awani
Januari 30, 2022 09:35 MYT
Ardern difahamkan tidak mengalami sebarang simptom ketika ini dan berada dalam keadaan baik. - Gambar fail/Facebook @jacindaardern
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kini menjalani proses kuarantin kendiri hingga 11 Februari.
Ia selepas Ardern dikesan sebagai kontak rapat individu yang disahkan positif COVID-19.
Kerajaan dalam satu kenyataan memaklumkan, Ardern didapati terdedah kepada kes positif tersebut pada 22 Januari lepas ketika dalam penerbangan ke Auckland.
Beliau sudah menjalani ujian penjujukan genom dan keputusannya dijangka diperoleh dalam masa terdekat.
Ujian tersebut akan menentukan sama ada beliau dijangkiti varian Omicron atau sebaliknya.
Difahamkan Ardern ketika ini tidak mengalami sebarang simptom dan berada dalam keadaan baik.
Kakitangan lain juga akan menjalani kuarantin kendiri mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
#New Zealand #Jacinda Ardern #kuarantin #COVID-19
;