COVID-19 dikesan di Korea Utara.. Apa yang kita tahu setakat ini
Astro Awani
Mei 15, 2022 03:57 MYT
Mei 15, 2022 03:57 MYT
Korea Utara merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang paling rapuh di dunia dengan sebahagian besar penduduknya tidak diberi suntikan vaksin. - Gambar AP
PYONGYANG: Khamis lalu, Korea Utara mengesahkan kes pertama COVID-19 di negara itu, dan disusuli dengan pengisytiharan ‘darurat serius’ oleh pemimpin tertingginya, Kim Jong-un.
Sebelum ini, negara itu tidak pernah mengakui terdapat sebarang kes COVID-19 sejak permulaan pandemik pada 2020.
CNN yang memetik agensi berita Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan pada Jumaat lalu, sebanyak 15 kematian dengan 296,180 kes deman dipercayai COVID-19 dilaporkan di negara itu.
Perkara itu mencetus kebimbangan pelbagai pihak kerana Korea Utara merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang paling rapuh di dunia dengan sebahagian besar penduduknya tidak diberi suntikan vaksin.
Sejak permulaan pandemik, Korea Utara melaksanakan sekatan sempadan yang ketat di semua pintu sempadannya.
Ini 10 perkara yang kita tahu setakat ini:
- Pihak berkuasa Korea Utara tidak membuat sebarang pengumunan punca penularan virus itu.
Menjelang Jumaat, kes demam meningkat kepada 18,000 dengan enam kematian termasuk salah seorang daripadanya diuji positif sub-varian BA.2 Omicron.