Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 9,000 kes, dengan jumlah kematian meningkat kepada 765 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata 214 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif kini berjumlah 9,096 kes.

"Bagi tempoh 24 jam, dari 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 22 lagi kematian berlaku," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Achmad Yurianto berkata dalam tempoh 24 jam itu juga 44 pesakit sembuh, menjadikan jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh setakat ini berjumlah 1,151 orang.

-- BERNAMA