COVID-19: Darurat di New York berakhir - Cuomo
Astro Awani
Jun 24, 2021 08:30 MYT
Jun 24, 2021 08:30 MYT
NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan perintah darurat yang dikuatkuasakan susulan pandemik COVID-19 di negeri itu ditamatkan.
Tempoh darurat itu yang sepatutnya berakhir pada Khamis tidak akan dilanjutkan.
"Tempoh darurat sudah berakhir. Ini adalah lembaran baharu, namun tidak bermakna tiada cabaran dalam lembaran baharu ini, namun darurat sudah tamat," kata Cuomo.
Bagaimanapun, beberapa garis panduan yang ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) masih lagi berkuat kuasa termasuk penggunaan pelitup muka.
"Garis panduan CDC masih lagi berkuat kuasa.
"Keperluan penggunaan pelitup muka bagi mereka yang boleh divaksinasi, penggunaannya dalam perkhidmatan awam, persekitaran tempat tinggal, beberapa institusi dan kerajaan tempatan akan diteruskan dan saya menggesa untuk terus melaksanakan arahan tersebut," kata Cuomo lagi.
Sebanyak 70 peratus penduduk New York sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sekali gus menyaksikan beberapa sekatan dilonggarkan di negeri itu.
#COVID-19
#New York
#darurat
#Andrew Cuomo
#perintah kecemasan
#emergency
#perintah darurat
#pelitup muka
#vaksin
#pandemik