COVID-19: Cuba di fasa akhir pembangunan vaksin Abdala

Astro Awani
Mac 19, 2021 05:36 MYT
CIGB menyasarkan permulaan fasa ketiga vaksin - Abdala dalam memerangi pandemik COVID-19 menggunakan Pichia Pastori. - hiasan/BERNAMA Twitter
HAVANA: Cuba kini dalam peringkat terakhir proses pembangunan vaksin COVID-19 kedua tempatan.
Malah para saintis dan pengarah makmal di negara itu menjangkakan ia dapat digunakan menjelang Ogos.
Pusat Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi (CIGB) menyasarkan permulaan fasa ketiga vaksin Abdala dalam memerangi pandemik COVID-19 menggunakan Pichia Pastori.
Untuk rekod, pada awal Mac lalu, Cuba juga memulakan fasa ketiga dengan Soberana 02 dari pusat kajian lain di kepulauan tersebut dengan hanya rakyat Amerika Latin sebagai calon kajian.
Ini sebahagian daripada fasa ketiga, Abdala yang akan digunakan terhadap 48,000 orang di wilayah timur negara itu yang akan menyertai 44,000 orang yang sudah menerima Soberana 02 di Havana.
Abdala tampil dengan tiga dos, setiap satu perlu diberikan dalam tempoh dua minggu.
Sejumlah 48,000 calon yang akan menduduki fasa kedua berusia di antara 19 dan 80 tahun.
#Cuba #COVID-19 #pandemik #vaksin #Abdala #Soberana 02 #Pichia Pastori #CIGB #Pusat Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi
;