COVID-19: China umum 93 kematian, lebih 1,800 kes baharu jangkitan

Agensi
Februari 17, 2020 23:38 MYT
Kes kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian di wilayah Hubei kepada 1,789 pada hari Isnin, kata Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu di laman webnya pada Selasa. - Foto AP
ANGKA kematian yang berpunca daripada wabak koronavirus COVID-19 meningkat selepas 93 lagi mangsa dilapor terkorban di wilayah Hubei, China.
Sebanyak 1,800 angka korban dicatatkan di seluruh dunia pada Selasa dan manakala jumlah kes baharu jangkitan virus berkenaan naik kepada 1,807 kes.
Kes kematian terbaharu itu menjadikan angka korban di wilayah Hubei kepada 1,789 pada Isnin, kata Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu di laman webnya hari ini.
Jumlah kes positif di wilayah Hubei yang mempunyai populasi seramai 11 juta penduduk itu meningkat sehingga 59,989 setakat ini.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan COVID-19 sebagai wabak yang ‘kurang membunuh’ jika dibandingkan dengan kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 18 tahun lalu.
BACA: Taiwan rekod kematian pertama akibat COVID-19
BACA: COVID-19: Malaysia hubungi Kemboja, perjelas kes penumpang kapal persiaran Westerdam
#China #coronavirus #mangsa #SARS #Sindrom Pernafasan Akut Teruk #Taiwan #WHO