COVID-19: China pertimbang sertai PBB selaras pembangunan vaksin COVAX
Agensi
Ogos 25, 2020 05:04 MYT
Ogos 25, 2020 05:04 MYT
China proaktif mempertimbangkan untuk menyertai program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelaraskan pembangunan vaksin COVID-19 yang dipanggil COVAX.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata pihaknya sedang dalam proses mengkaji dan meneliti isu berkenaan, khususnya berkaitan dengan COVAX.
"Apa yang ingin saya tekankan adalah China bertegas mendukung perkembangan usaha kesihatan di negara-negara membangun dan secara aktif untuk memenuhi komitmen dalam menghasilkan vaksin sebagai bahan umum.
"Pihak kami juga akan terus berusaha untuk memanfaatkan kepakaran yang ada dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin untuk kegunaan semua pihak," katanya yang petik menerusi laporan AP pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Lijian berkata, perselisihan politik dan perdagangan dengan Australia dapat ditangani dengan baik terutamanya menjelang lawatan Menteri Luar Negeri China, Wang Yi ke Eropah dalam masa terdekat.
#Australia
#China
#COVAX
#COVID-19
#Kementerian Luar
#kesihatan
#koronavirus
#menteri
#PBB
#politik
#vaksin COVID-19