COVID-19: China longgar sekatan di beberapa wilayah
Astro Awani
Disember 4, 2022 11:20 MYT
Disember 4, 2022 11:20 MYT
BEIJING: Beberapa lagi sekatan COVID-19 di China dilonggarkan ketika mana kes negara itu masih di paras tinggi.
Wilayah Beijing dan Shenzhen kini melonggarkan sekatan ujian saringan sebelum memulakan perjalanan.
Walaupun ketika ini kes pandemik di dua wilayah itu masih tinggi, namun China mengambil langkah melonggarkan beberapa sekatan susulan kelembapan ekonomi dan kekecewaan ramai rakyatnya terhadap polisi sifar COVID-19.
Bandar Shenzhen mengumumkan tiada lagi keperluan untuk mengemukakan keputusan ujian sebelum menggunakan pengangkutan awam dan memasuki taman, begitu juga bandar lain seperti Chengdu dan Tianjin.
Sebilangan besar premis ujian COVID-19 di Beijing juga ditutup kerana tiada keperluan untuk kemukakan ujian saringan di beberapa premis sektor ekonomi.