COVID-19: China hantar pakar, peralatan perubatan ke Itali

Bernama
Mac 19, 2020 06:17 MYT
Penerbangan berlepas kira-kira pukul 11.26 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan dijadual tiba di Milan pada 4.31 petang Rabu waktu tempatan. - REUTERS/Gambar hiasan
Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan pada Rabu untuk membantu Itali yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Xinhua.
Dikendalikan China Eastern Airlines, penerbangan itu berlepas kira-kira pukul 11.26 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan dijadual tiba di Milan pada 4.31 petang Rabu waktu tempatan.
Pakar itu datang dari beberapa hospital serta pusat kawalan dan pencegahan penyakit di wilayah Zhejiang, timur China.
Peralatan itu termasuk ubat-ubatan, kelengkapan perlindungan serta alatan yang digunakan di unit rawatan rapi seperti ventilator dan monitor.
-- BERNAMA
#bekalan perubatan #China #China Eastern Airlines #COVID-19 #Itali #pakar perubatan #penerbangan #unit rawatan rapi #Zhejiang
;