COVID-19: China gesa dunia bina 'tembok besar imuniti'
Astro Awani
Julai 4, 2021 08:12 MYT
Julai 4, 2021 08:12 MYT
BEIJING: China menggesa masyarakat antarabangsa untuk membina 'tembok besar imuniti' dalam memerangi wabak COVID-19.
Menteri Luarnya, Wang Yi berkata, cabaran yang datang kesan COVID-19, wajar dihadapi secara bersama.
Katanya, keutamaan paling mendesak adalah mempercepatkan pembangunan 'tembok besar imuniti' untuk menangkis virus melampaui diskriminasi politik dan melakukan kerjasama anti-pandemik antarabangsa.
Pihaknya akan terus berusaha meningkatkan akses dan kemampuan vaksin di negara-negara membangun.
Beliau berkata demikian di Forum Keamanan Dunia ke-9 yang diadakan di Universiti Tsingshua di ibu negara China, pada Sabtu.
China telah memberikan lebih daripada 480 juta dos vaksin dibangunkannya kepada negara lain.
Pada Jumaat, China telah memberikan sejumlah 1.28 bilion dos vaksin kepada rakyatnya.