COVID-19: China catat peningkatan 70 peratus kadar kemasukan ke hospital

Astro Awani
Januari 21, 2023 00:40 MYT
Pihak hospital mendedahkan sejak pertengahan Disember, bilangan pesakit menerima rawatan di unit kecemasan meningkat dua ke tiga kali ganda. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: China merekodkan peningkatan kadar kemasukan ke hospital disebabkan penularan jangkitan COVID-19.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi tempoh mingguan hingga 15 Januari, bilangan kemasukan adalah yang tertinggi sejak pandemik bermula.
Laporan yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan kadar kemasukan ke hospital meningkat 70 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Stesen televisyen CCTV melaporkan antara yang mencatat kenaikan ketara adalah Hospital Tsinghua Changgeng di Beijing.
Hospital berkenaan mendedahkan sejak pertengahan Disember, bilangan pesakit menerima rawatan di unit kecemasan meningkat dua ke tiga kali ganda.
Sebanyak 70 pesakit kritikal akibat COVID-19 dilaporkan pada 8 Januari. Sebahagian besar merupakan pesakit berusia 70 tahun ke atas.
China sebelum ini mendakwa fasa kritikal menangani COVID-19 sudah berakhir.
Dengan penamatan dasar Sifar COVID-19 negra itu, pergerakan penduduk kembali meningkat.
#COVID-19 #China #WHO #kadar kemasukan ke hospital