COVID-19: China beri kelulusan bersyarat untuk pil Pfizer
Astro Awani
Februari 12, 2022 06:41 MYT
Februari 12, 2022 06:41 MYT
CHINA memberikan kelulusan bersyarat untuk pil Paxlovid, ubat COVID-19 keluaran Pfizer, bagi merawat individu dewasa dengan penyakit ringan hingga sederhana, serta berisiko tinggi mendapat penyakit teruk.
Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan berkata, penyelidikan lanjut mengenai ubat itu perlu dijalankan dan diserahkan kepada pengawal selia.
Penggunaan Paxlovid setakat ini dibenarkan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Israel.
Manakala, Kesatuan Eropah membenarkan negara anggota menggunakannya sebelum kelulusan rasmi, sebagai langkah kecemasan terhadap varian Omicron.
Tidak seperti vaksin COVID-19, ubat itu tidak menyasarkan protein spike yang sentiasa berkembang, yang digunakan koronavirus untuk menyerang sel.
Setakat ini, China tidak meluluskan sebarang vaksin COVID-19 dihasilkan negara luar.