COVID-19: AS catat lebih 10,000 kematian, situasi dijangka lebih teruk
Astro Awani
April 7, 2020 10:01 MYT
April 7, 2020 10:01 MYT
Situasi jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat semakin memuncak dengan angka kematian kini melepasi 10,000.
Sejumlah 10,524 kematian dilaporkan pada Ahad, manakala pada Isnin 10,871 hanya dalam tempoh enam minggu selepas korban pertama akibat COVID-19 dilaporkan di negara itu.
Berita buruk buat AS itu dicatatkan sehari selepas pegawai-pegawai kanan White House mengeluarkan amaran situasi pandemik di negara itu akan semakin memburuk dalam beberapa minggu akan datang.
Ketika ini, hospital di beberapa negeri di AS mengeluarkan amaran kecemasan bekalan-bekalan perubatan akan mencapai tahap kritikal dalam tempoh tiga hingga enam hari sahaja lagi.
Malah, di bilik mayat hospital di New Orleans telah ketiadaan ruang untuk menempatkan mangsa-mangsa yang meninggal dunia.
Menurut penolong setiausaha perkhidmatan kesihatan dan manusia AS, Dr Brett Giroir, beberapa negeri termasuk New York, New Jersey dan Detroit akan melihat kemuncak jangkitan dan kematian akibat COVID di hospital minggu ini.
Data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University menunjukkan virus itu telah menjangkiti lebih daripada 367,000 orang di AS.