COVID-19: Canselor Jerman cadang wajibkan vaksin
Astro Awani
Januari 13, 2022 09:05 MYT
Januari 13, 2022 09:05 MYT
JERMAN harus mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas semua populasi dewasa.
Demikian tegas Canselor Olaf Scholz kepada Parlimen pada Rabu, susulan negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan 80,430 jangkitan baharu pada hari sama, disebabkan varian Omicron.
Jelasnya, jangkitan mungkin akan terus meningkat dan susulan itu, beliau mencadangkan untuk mewajibkan pengambilan vaksin.
"Apabila memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksin, seseorang itu bukan hanya membuat keputusan untuk dirinya sendiri tetapi juga akhirnya, untuk 80 juta orang lain," katanya.
Scholz turut memuji langkah kerajaan baharunya untuk mengetatkan sekatan terhadap orang awam dan meningkatkan pengambilan suntikan dos penggalak bagi mencegah jangkitan lebih teruk.
Kes per kapita di Jerman adalah satu pertiga daripada purata keseluruhan di Eropah, menurut Our World in Data.