COVID-19: Bukan masa kurangkan usaha, terus fokus kesan kes bergejala - WHO

Astro Awani
Jun 8, 2020 06:59 MYT
DR TEDROS: Walaupun terdapat kes yang tidak mempunyai gejala, namun fokus harus diberikan kepada yang mengalaminya bagi mengurangkan kebolehjangkitan. -Gambar fail
Setiap negara digesa untuk terus meningkatkan langkah keselamatan kesihatan bagi mengekang COVID-19.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata walaupun terdapat kes koronavirus yang tidak mempunyai gejala, namun fokus harus diberikan kepada mereka yang mengalaminya bagi mengurangkan kebolehjangkitan.
"Lebih enam bulan berlakunya wabak ini... ini bukan waktunya bagi mana-mana negara untuk mengurangkan usaha. Ini adalah masa bagi semua negara untuk terus bekerja keras berdasarkan penyatuan, penyelesaian dan solidariti.
"Nampaknya jarang sekali seseorang yang tidak mempunyai gejala menjangkiti orang lain. Apa yang ingin kita beri tumpuan adalah mengikuti kes-kes bergejala.
"Sekiranya kita mengikuti semua kes yang mempunyai gejala, kerana kita tahu ini patogen pernafasan, ia tersebar antara individu melalui titisan.
"Jika kita benar-benar mengikuti semua kes bergejala -- mengasingkan kes tersebut, kesan kontak dan laksanakan kuarantin -- kita akan mengurangkannya secara drastik," kata Dr Tedros.
#COVID-19 #koronavirus #menjangkiti orang lain #seseorang yang tidak mempunyai gejala #Tedros Adhanom Ghebreyesus #WHO
;