COVID-19: Britain longgar sekatan di sebalik peningkatan kes di Eropah

Astro Awani
April 5, 2021 07:45 MYT
Johnson menegaskan masih terlalu awal untuk membuat keputusan berkenaan kebenaran rentas negeri untuk cuti musim panas. - Foto AP/Hollie Adams
LONDON: Britain tetap akan longgarkan sekatan ketika negara Eropah lain mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19.
Perdana Menteri, Boris Johnson mengumumkan beberapa operasi perniagaan seperti kedai gunting rambut dan kedai buku bermula kini boleh kembali beroperasi minggu hadapan.
Namun, Johnson menegaskan masih terlalu awal untuk membuat keputusan berkenaan kebenaran rentas negeri untuk cuti musim panas.
Malah jelasnya, pihaknya kini mengkaji dengan lebih teliti berkenaan sistem pasport vaksin bagi membolehkan rakyat negara itu mengembara.
"Saya ingin menegaskan bahawa terhadap isu rumit berkenaan etika dan praktikal, seperti yang saya katakan sebelum ini, idea berkenaan sijil status vaksinasi ini, dengan menggunakan vaksin, masih ramai yang masih belum dapat bekalan itu.
"Contohnya atas sebab perubatan seperti wanita mengandung dan sebagainya. Jadi kita perlu berhati-hati bagaimana untuk menanganinya dengan tidak memulakan sebuah sistem yang mendiskriminasi," kata Johnson.
Kerajaan itu mensasarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada semua kumpulan orang dewasa di negara itu menjelang Julai.
Ia diharap membuka jalan untuk mengembalikan rutin kehidupan normal.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penasihat Saintifik Negara itu, Sir Patrick Vallance mengesahkan akan memulakan kajian vaksinasi terhadap kanak-kanak.
#Britain #Perdana Menteri #wanita #Kanak-kanak #kerajaan #rakyat #menteri #operasi #perubatan #COVID-19 #Boris Johnson #rentas negeri #vaksin
;