COVID-19: Britain bimbang varian India jejaskan pembukaan semula negara
Astro Awani
Mei 14, 2021 08:25 MYT
Mei 14, 2021 08:25 MYT
LONDON: United Kingdom bimbang dengan penularan varian COVID-19 India yang dikesan di negara itu dan menggesa peningkatan mendadak kes melibatkan varian berkenaan ditangani segera.
Menurut Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, pihaknya telah menyusun langkah-langkah melonggarkan sekatan di England minggu depan dengan berhati-hati.
Johnson memberi amaran mutasi baharu seperti varian B1617.2 boleh menimbulkan risiko terhadap rancangan tersebut.
"Varian B1617.2 ini sangat membimbangkan. Ia telah tersebar luas dan terdapat pelbagai pendapat saintifik mengenainya.
"Namun kami ingin memastikan segala langkah diambil. Oleh itu satu perjumpaan akan diadakan hari ini untuk mempertimbangkan apa yang kami perlu lakukan.
"Terdapat pelbagai perkara yang kami boleh lakukan bagi menyekat penularannya," katanya.
Agensi Kesihatan Awam England mendedahkan jumlah kes varian yang disahkan meningkat dua kali ganda sejak minggu lepas kepada 1,313 kes di seluruh United Kingdom.
Tambah johnson, ujian saringan dilakukan dari rumah ke rumah sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes varian baharu di barat laut England.
Ini termasuk pembukaan pusat vaksinasi tambahan.