COVID-19: Brazil terima 600 liter vaksin Coronavac

Astro Awani
Disember 3, 2020 07:00 MYT
Vaksin firma biofarmaseutikal China, Sinovac akan dihasilkan dan dipakejkan di Institut Butantan yang dikendalikan Sao Paulo sebelum diedarkan ke seluruh Brazil. -Reuters
BRASILIA: Pihak berkuasa di Sao Paulo menerima ketibaan 600 liter vaksin Coronavac di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo.
Vaksin firma biofarmaseutikal China, Sinovac akan dihasilkan dan dipakejkan di Institut Butantan yang dikendalikan Sao Paulo sebelum diedarkan ke seluruh Brazil.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada persetujuan dari pihak berkuasa kesihatan negara Amerika Latin itu.
Kuantiti vaksin yang diterima itu cukup untuk menghasilkan 1 juta dos.
Menurut gabenor, Brazil sudah memiliki 120,000 dos dengan tambahan 6 juta dos bakal tiba pada akhir Disember.
Manakala 40 juta lagi akan tiba pada pertengahan Januari.
Coronavac antara beberapa vaksin yang menjalani percubaan di Brazil.
Ia bagaimanapun dilanda kontroversi dan ketegangan politik antara Gabenor Sao Paulo dan Presidennya, Jair Bolsonaro yang berulang kali menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan Coronavac.
#COVID-19 #vaksin #Coronavac #Brazil #Sao Paulo #firma biofarmaseutikal China #Institut Butantan #Bolsonaro
;