COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin

Agensi
Januari 17, 2021 07:48 MYT
Program tersebut akan diberi keutaman kepada petugas kesihatan dan anggota barisan hadapan. - Foto fail
RIO DE JANEIRO: Agensi kawalan kesihatan Brazil meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dihasilkan Sinovac dan AstraZeneca.
Ia sekali gus bakal menyaksikan negara itu memulakan program imunisasi yang sebelum ini ditunda susulan pertikaian politik.
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari sementara menunggu ketibaan 2 juta dos lagi vaksin AstraZeneca.
Program vaksinasi yang dijalankan kerajaan persekutuan itu akan dimulakan pada Rabu seperti yang disahkan Menteri Kesihatannya, Eduardo Pazuello.
“Esok pada jam 7 pagi kami akan mengedarkan vaksin ke seluruh negara dengan sokongan dan bantuan Kementerian Pertahanan bagi pengangkutan udara,” katanya.
Program tersebut akan diberi keutaman kepada petugas kesihatan dan anggota barisan hadapan.
Dengan lebih banyak dos yang diperoleh program imunisasi itu akan diluaskan kepada rakyat pribumi, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai rekod penyakit.
#COVID-19 #vaksin #Sinovac #AstraZeneca #program vaksinasi
;