COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China
Astro Awani
Julai 22, 2020 08:30 MYT
Julai 22, 2020 08:30 MYT
PIHAK berkuasa kesihatan Brazil pada Selasa memulakan ujian selama tiga bulan ke atas vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac.
Presiden Institut Butantan Dimas Covas yang mengetuai kajian berkenaan berkata, jika vaksin itu terbukti selamat dan berkesan, Brazil akan menerima 120 juta dos dari China pada awal tahun depan.
Ujian Sinovac telah dilakukan ke atas 9,000 sukarelawan, kesemuanya petugas kesihatan, di enam negeri di Brazil.
Ia dikoordinasikan oleh Butantan, iaitu sebuah institusi saintifik di Sao Paulo yang telah menghasilkan banyak vaksin sejak lebih dari 100 tahun lalu.
Ini adalah satu daripada hampir 12 vaksin yang kini di peringkat ujian ke atas manusia di seluruh dunia dan antara yang memasuki ujian peringkat akhir keberkesanannya.
Pemilihan Brazil dibuat berikutan peningkatan dalam kes jangkitan COVID-19 di negara itu.
Kementerian Kesihatan Persekutuan Brazil melaporkan 632 lagi kematian direkodkan pada Isnin dengan 20,257 jangkitan baharu.
Brazil kini mencatatkan lebih 2 juta kes positif COVID-19 dan 80,120 kematian.
Selain ujian Sinovac, Brazil turut menjadi lokasi bagi dua lagi ujian vaksin yang dibangunkan Universiti Oxford dan syarikat farmasi Astra-Zeneca.
#berkesan
#Brazil
#China
#COVID-19
#Dimas Covas
#Institut Butantan
#jangkitan
#Kajian
#kematian
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#pemilihan
#Sao Paulo
#selamat
#Sinovac
#vaksin