COVID-19: Brazil batal sambutan malam Tahun Baru di Pantai Copacabana

Agensi
Julai 25, 2020 06:02 MYT
Brazil umum batalkan sambutan Malam Tahun Baru susulan penularan wabak COVID-19. -Gambar hiasan
Brazil umum batalkan sambutan Malam Tahun Baru susulan penularan wabak COVID-19.
Menurut kenyataan, meskipun sambutan itu antara acara ikonik setiap tahun, namun ia tidak dapat dilaksanakan dengan mengambil kira situasi terkini virus selain dunia masih tidak mempunyai vaksin.
Bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha menyediakan alternatif bagi meraikan sambutan tanpa melibatkan kehadiran pengunjung.
"Masa depan persembahan samba Karnival pra-Lenten dan pesta jalanan Rio De Janeiro yang biasanya berlangsung pada Februari masih belum dapat dipastikan.
"Biro pelancongan tempatan sedang menunggu keputusan rasmi daripada Independent League of Samba Schools sama ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak," katanya yang dipetik laporan CNN.
Sementara itu, pengumuman itu turut membawa kepada keputusan Sao Paulo untuk menangguhkan sambutan perayaan pada Mei atau Jun tahun hadapan.
Sebelum ini, kota Sao Paulo mengumumkan tiada sambutan tahun baru akan diraikan tahun ini.
#Brazil #COVID-19 #kerajaan #koronavirus #Pantai Copacabana #pelancongan #persembahan samba #Rio de Janeiro #sambutan Malam Tahun Baru #vaksin
;