COVID-19: Biden tandatangan RUU, pengubahan status asal usul wabak

Astro Awani
Mac 21, 2023 11:45 MYT
Biden berkata pentadbirannya akan mengambil kira keselamatan negara apabila memutuskan perkara yang akan dikeluarkan. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undang-undang yang memerlukan Pengarah Perisikan Kebangsaan Avril Haines untuk mengubah status maklumat berkaitan asal-usul COVID-19.
Biden berkata beliau berkongsi matlamat Kongres untuk mengeluarkan sebanyak mungkin maklumat tentang asal usul COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata pentadbirannya akan mengambil kira keselamatan negara apabila memutuskan perkara yang akan dikeluarkan.
Jelasnya, rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebelum dihantar ke White House.
Washington sebelum ini mempertikaikan asal usul wabak COVID-19 yang sebagaimana dilaporkan bermula di Wuhan, China pada akhir 2019.
Perdebatan mengenai asal usul wabak itu menjadi hangat selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa Jabatan Tenaga AS membuat penilaian bahawa wabak berkenaan berkemungkinan daripada kebocoran makmal China, namun dinafikan negara itu.
Walau bagaimanapun, belum ada bukti konkrit daripada komuniti perisikan AS mengenai asal usul pandemik COVID-19.
#COVID-19 #Joe Biden #Rang Undang-Undang #asal usul
;