COVID-19: Biden pulih daripada jangkitan

Astro Awani
Ogos 8, 2022 00:30 MYT
Joe Biden dilihat meninggalkan White House selepas disahkan telah pulih daripada jangkitan COVID-19. - Foto REUTERS
WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah pulih daripada jangkitan COVID-19 pada Ahad.
Beliau tidak berada di White House buat kali pertama selepas dijangkiti wabak itu bulan lalu sekaligus menamatkan kuarantinnya.
Menurut doktor, Biden telah diuji negatif bagi hari Sabtu dan Ahad.
Biden diletakkan dalam tempoh kuarantin yang lebih lama disebabkan dijangkiti sebanyak dua kali.
Presiden Amerika Syarikat itu ketika ditemui sebelum menaiki pesawat di luar White House berkata dirinya dalam keadaan hebat selepas pulih.
#COVID-19 #Joe Biden #Pulih #White House