COVID-19 beri impak buruk kepada program imunisasi global - WHO

Astro Awani
April 27, 2021 12:26 MYT
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata 60 kempen imunisasi di 50 negara ditangguhkan kerana wabak itu. -Gambar fail
GENEVA: Pandemik COVID-19 telah memberi kesan buruk terhadap kempen imunisasi di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran jurang dalam liputan vaksinasi mempunyai kesan yang nyata secara global.
Bercakap di Geneva pada Minggu Imunisasi Dunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata 60 kempen imunisasi di 50 negara ditangguhkan kerana wabak itu.
Ini menyebabkan sekitar 228 juta kanak-kanak berisiko terkena penyakit polio, campak dan demam kuning.
"Tetapi kita tidak boleh lupa bahawa sebelum wabak COVID-19, hampir 20 juta kanak-kanak tidak mendapat vaksin yang menyelamatkan nyawa setiap tahun.
"Oleh itu, kita bukan sahaja mesti mendapat imunisasi semula, tetapi melakukan yang lebih baik berbanding sebelumnya," kata Dr Tedros.
Mengumumkan Agenda Imunisasi 2030, beliau berkata sudah tiba masanya mengembalikan program imunisasi ke landasan tepat tetapi dengan melakukan dengan lebih baik daripada sebelumnya.
Agenda baharu itu menyasarkan untuk memaksimumkan kesan menyelamatkan nyawa yang boleh dilakukan vaksin.
Ini termasuk mencegah lebih daripada 50 juta kematian dalam dekad berikutnya.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #vaksin #WHO #Kanak-kanak #kesihatan #COVID-19 #pandemik #imunisasi
;