COVID-19: Belgium umum kilang coklat sebagai sektor penting, dibenarkan beroperasi

Agensi
April 11, 2020 13:06 MYT
Beberapa pengeluar jenama coklat sedang berusaha memastikan jualan mereka tidak terjejas dalam tempoh kritikal ini. - Gambar REUTERS
Pegawai Kesihatan Belgium mengisytiharkan kilang-kilang coklat sebagai sektor penting, sekali gus membenarkan penjual coklat beroperasi sepanjang tempoh Perintah Berkurung di negara itu.
Bagaimanapun, hasil jualan perniagaan tersebut dilaporkan menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya meskipun dibenarkan beroperasi susulan impak pandemik COVID-19.
Beberapa pengeluar jenama coklat kini sedang berusaha keras bagi memastikan jualan mereka tidak terjejas dalam tempoh kritikal ini.
Ketua Persatuan Pengeluar Coklat dan Biskut Belgium, Guy Gallet berkata kebiasaannya coklat Easter menyumbang kira-kira 15 hingga 25 peratus pendapatan tahunan bagi industri coklat. Namun segalanya berubah tahun ini.
Di Belgium, pendapatan hasil pengeluaran coklat menyumbang sebanyak AS$6 bilion dengan purata penggunaan tahunan sebanyak enam kilogram setiap pengguna.
#Amerika Syarikat #Belgium #Brussels #COVID-19 #koronavirus
;