COVID-19: Belgium tidak akan kenakan sekatan baharu

Astro Awani
Disember 19, 2020 08:20 MYT
Pelajar memakai topeng pelitup muka dilihat berada di luar sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar universiti Louvain-La-Neuve susulan penularan COVID-19 di Belgium, 13 Okt, 2020. - Gambar fail REUTERS
BELGIUM tidak akan mengenakan langkah-langkah sekatan baharu di sebalik peningkatan kes COVID-19.
Perdana Menterinya, Aleksander De Croo sebaliknya berkata, peraturan sedia ada akan diperketatkan dan dikawal bagi mengelak kemungkinan gelombang ketiga virus itu.
Kes COVID-19 di Belgium setakat ini dilaporkan mengalami peningkatan sejak beberapa hari lalu.
Susulan itu, antara peraturan yang dilakukan termasuk arahan bekerja dari rumah dan kawalan rentas sempadan.
Pengembara dari luar Belgium juga diwajibkan melakukan ujian COVID-19 sebelum memasuki negara itu.
Pada masa sama, polis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan kuarantin wajib dan memastikan ia dipatuhi sepenuhnya.
Sejak seminggu lalu, purata kes baharu COVID-19 di Belgium merekodkan 2,445 kes sehari, iaitu peningkatan 12 peratus kes.
Setakat ini, kes kematian akibat virus itu adalah 18,371 orang.
#Belgium #kes baharu #COVID-19 #sekatan baharu #Global #Aleksander De Croo #gelombang ketiga #rentas sempadan #kuarantin #peningkatan kes
;