COVID-19: Belanda umum perintah berkurung tiga minggu
Astro Awani
November 27, 2021 08:49 MYT
November 27, 2021 08:49 MYT
KERAJAAN Belanda mengumumkan perintah berkurung pada Jumaat di tengah-tengah peningkatan jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di seluruh negara.
Perdana Menteri Sementara Mark Rutte berkata, semua kegiatan di negara itu akan ditutup dari 5 petang hingga 5 pagi di bawah peraturan semasa.
Bagaimanapun, sekolah dan universiti akan terus dibuka.
Sekatan baharu itu dijangka dikuat kuasa selama sekurang-kurangnya tiga minggu.
Rutte berkata, penasihat telah menggesa kerajaan mengambil tindakan untuk mengurangkan bilangan kontak orang ramai sekurang-kurangnya 20 peratus.
Namun ketika pengumuman dilakukan, penunjuk perasaan mula melancarkan demonstrasi di jalan raya, membantah perintah berkurung ini.