COVID-19: Belanda lanjut tempoh sekatan hingga 20 April
Astro Awani
Mac 23, 2021 06:58 MYT
Mac 23, 2021 06:58 MYT
AMSTERDAM: Belanda melanjutkan tempoh sekatan pergerakan untuk tiga minggu lagi.
Perdana Menterinya, Mark Rutte memaklumkan ia susulan kes jangkitan yang naik mendadak di negara itu.
Pada masa sama, perintah berkurung akan dilaksanakan dari 10 malam hingga 4.30 pagi bermula 31 Mac.
"Realiti yang menakutkan sedang berlaku ketika ini dan kita tidak boleh mengetepikan sebarang pendekatan.
"Ini bermakna kita akan melanjutkan perintah sekatan sedia ada kepada tiga minggu lagi, hingga 20 April.
"Bermula Rabu, 31 Mac, perintah berkurung akan dilaksanakan dari 10 malam ke 4.30 pagi," kata Rutte.
Rutte sebelum ini beri bayangan sekatan akan kembali dilonggarkan ketika program vaksin sudah bermula.
Bagaimanapun, langkah itu tidak boleh dilaksanakan susulan kes jangkitan yang meningkat.
Ia juga menyaksikan sistem kesihatan semakin tertekan.
Keputusan lanjutan sekatan ini juga diumum sehari selepas negara jiran Jerman mengumumkan langkah sama.
Lebih 16,000 kematian direkodkan akibat COVID-19 di negara itu.
#perintah berkurung
#vaksin
#COVID-19
#Netherlands
#Belanda
#Jerman
#Mark Rutte
#kes jangkitan
#sekatan perjalanan