COVID-19: Beijing catat peningkatan kes menjelang Olimpik

Astro Awani
Januari 30, 2022 07:48 MYT
Percikan bunga api kelihatan dari Stadium Nasional ketika sesi latihan menjelang majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China, 30 Jan 2022. (Foto AP)
BEIJING melaporkan kes COVID-19 tertinggi dalam tempoh 18 bulan, lima hari menjelang permulaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di bandar itu.
Pihak berkuasa mengumumkan penutupan dan sekatan di beberapa lokaliti, selepas 20 kes positif dilaporkan pada Ahad.
Pada masa sama, penganjur Olimpik juga mengesan 34 jangkitan baharu dalam gelembung acara sukannya.
Ini termasuk 13 atlet yang dikesan positif sebaik sahaja tiba di lapangan terbang.
Mereka yang dikesan positif akan menjalani pengasingan dan hanya dibenarkan bertanding selepas dua keputusan ujian saringan didapati negatif dalam tempoh 24 jam.
Sukan Olimpik diteruskan di sebalik sekatan ketat China sejak pandemik itu bermula.
Mereka yang berkunjung ke Beijing bagi tujuan sukan perlu menaiki penerbangan sewa khas dan kekal dalam gelembung mereka sehingga tamat acara.
#COVID-19 #Sukan Olimpik Musim Sejuk #Beijing #peningkatan kes
;