COVID-19: AS bawa balik rakyatnya yang dikuarantin dalam Diamond Princess

Agensi
Februari 15, 2020 18:05 MYT
Kedutaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan memaklumkan Washington akan menghantar sebuah pesawat khas ke Jepun pada Ahad bagi proses pemindahan tersebut. Gambar REUTERS
AMERIKA SYARIKAT bersedia memindahkan rakyatnya yang sedang dikuarantin di dalam kapal persiaran Diamond Princess di pelabuhan Jepun ekoran penularan wabak COVID-19.
Kedutaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan memaklumkan Washington akan menghantar sebuah pesawat khas ke Jepun pada Ahad bagi proses pemindahan tersebut.
Kenyataan tersebut menambah, pesawat khas itu akan mendarat di Pangkalan Tentera Udara Travis, California, namun tidak memaklumkan bila ia akan berlepas dari Jepun.
Kesemua penumpang yang dibawa pulang perlu menjalani kuarantin selama dua minggu sebaik tiba di Amerika Syarikat.
Kerajaan Jepun turut memberikan bekerjasama bagi memastkan penumpang yang mempunyai simptom diberikan rawatan sekiranya mereka tidak dapat menaiki penerbangan tersebut.
Terdahulu, penumpang kapal persiaran Diamond Princess dari Hong Kong dikuarantin sebaik berlabuh berhampiran Yokohama sejak 3 Febuari lalu selepas mereka didapati positif COVID-19.
Lebih 3,700 penumpang dan anak kapal berada di atas kapal itu dan setakat ini 218 orang disahkan positif COVID-19.
#Amerika Syarikat #anak #California #COVID-19 #Diamond Princess #Hong Kong #kerajaan #penerbangan #tentera #Washington
;